Monday 2 March 2015

Apa itu daun STEVIA

Apa itu daun Stevia?

Stevia adalah genus yang terdiri daripada 150 spesis herba daripada keluarga bunga matahari atau Astereacea.

Stevia juga dikenali sebagai "Pokok Gula" di Malaysia kerana dipercayai boleh mengurangkan kencing manis.

Stevia yang digunakan secara meluas sebagai pemanis atau pengganti gula pasir adalah stevia dari spesis Rebaudiana. Ia juga dikenali sebagai sweetleaf, sugarleaf ataupun sweet herb
😃
Bagaimana Pokok Stevia ditanam?

Stevia adalah sejenis tumbuhan herba berbatang lembut. Medium yang digunakan untuk tanaman stevia adalah jenis tanah poros supaya tiada air yang bertakung selepas disiram. 

Tumbuhan ini memerlukan air yang cukup dan perlu disiram sebanyak 2 kali sehari dalam cuaca panas. Ia akan cepat kering dan mati jika kekurangan air.

Daunnya berbentuk bujur dan batangnya halus dan bergerutu. 

Dalam keadaan optimum, stevia boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter atau lebih. Ia mengeluarkan bunga kecil berwarna putih. Bentuk bunganya menyerupai bunga-bunga aster yang lain, cuma saiznya agak kecil.

Bagaimana pokok stevia membiak?

Bunga ini menghasilkan biji benih apabila matang. Pembiakan selalunya menggunakan keratan batang. Keratan batangnya mudah mengeluarkan akar. Walaupun ia boleh membiak menggunakan biji benih, namun kadar percambahan biji benihnya amat rendah sehingga ia jarang dibiakkan dengan menggunakan biji benih.

Negara mana tanaman stevia dilakukan?

Sebelum ini, tanaman stevia banyak di Amerika Selatan dan sekarang pokok stevia juga ditanam secara besaran di Malaysia, Jepun, Taiwan, Filipina dan Hawaii disebabkan permintaan yang tinggi menggantikan gula pasir daripada tebu.
Bagaimana daun stevia ini boleh ditemui dan dijadikan sebagai pemanis semulajadi?

Stevia sebenarnya telah digunakan sebagai pemanis semulajadi oleh penduduk di Brazil dan Paraguay sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi. 

Ia mula digunakan oleh  kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun yang lalu. Stevia ketika itu digunakan terutamanya untuk memaniskan teh herba mereka dan juga memaniskan makanan mereka.  Kaum tersebut juga menggunakan Stevia sebagai penawar terutamanya untuk menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar.

Kegunaan stevia sebagai pemanis mula disedari oleh orang Eropah pada kurun ke-16. Ia digunakan secara meluas di Eropah sehinggalah dibawa masuk ke Asia. 

Walaubagaimanapun kajian terhadap Stevia hanya mula dilakukan pada awal kurun ke 19 apabila para pengkaji di Brazil apabila mendengar cerita sehelai daun stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan juga secawan teh herba yang kelat.

Pakar botani Paraguay, Moises S Bertoni banyak menulis mengenai tumbuhan ini sehingga ramai yang tahu keunikan dan kelebihannya. Sejak itu, lebih banyak kajian dilakukan terhadap kebaikan dan kelebihan daun stevia kepada manusia
👍
Apa keunikan dan kelebihan daun stevia?

1. Stevia adalah pemanis semulajadi yang tidak mengandungi kalori dan ekstraknya dikatakan 300 kali lebih manis dari gula biasa.

●Bahan aktif yang bertanggungjawab ke atas rasa manis pada daun stevia dikenali sebagai "Steviol Glycosides" yang mengandungi Stevioside dan Rebaudioside.

●Bahan aktif in stabil pada suhu tinggi sehingga 200 C, nilai pH yang stabil dan tidak merangsang tindak balas glycamic.
- Sangat sesuai untuk mereka yang ada kencing manis atau menghadkan pengambilan karbohidrat

2.Non-fermentative iaitu bahan aktif yang stabil dan tidak akan basi

3. Non-toxic, Non-mutagenic, Non-teratogenic, Non-carcinogenic (tiada kesan bahaya)- terbukti secara kajian saintifik

4. Stevia mempunyai fungsi terapeutik perubatan

5. Anti-hyperglycaemic - boleh menurunkan paras gula dalam darah

6. Anti-hypertensive - boleh menurunkan tekanan darah

7. Anti-inflammatory - mengurangkan kesan radang

8. Anti-tumor- kesan anti-oksidan

9. Anti-diarrheal - merawat cirit-birit

10. Diuretic - Mengawal kandungan air dalam badan

11. Immunomodulatary effect - meningkatkan sistem imun kepada kuman
Stevia adalah pemanis alternatif kpd gula.. jangan anggap stevia sbg ubat.. bila kita consider stevia sbg ubat majoriti masyarakat akan fobia.. maklumkan yang ianya adalah pengganti kpd gula sedia ada.. apabila diamalkan, masyarakat akan alami sendiri manfaat perubatan yg ada pada stevia..

'Stevia adalah pemanis yg menyihatkan yg boleh mengurang dan meminimakan risiko penyakit berkait pemakanan'.. selagi kita boleh ambil minuman dan makanan yg mengandungi gula, kita boleh menggunakan stevia sbg gantinya..

Wednesday 18 February 2015

Harga rcc stevia sweetener

Berapa agknye harga rcc stevia sweetener ni ye.. Harga mampu milik bg semua nk bandingkn dgn nilai kesihatan kita ni.. Ok ni list hrganya:

Sebotol rm50.. Sekotak 3 botol rm120 ( trus dpt jd ahli) dan belian seterusnya 2botol utk rm50 shja(bg ahli) berbaloi kn?

Untuk nak jdkn rcc stevia sweetener ni side income better untuk amik pakej gold 3kotak n pakej platinum 7 kotak.. 

Apa2 maklumat lanjut boleh pm sy atau wassap saya di 0124390851-akma


Monday 16 February 2015

Manfaat menjadi ahli rcc stevia sweetener

Assalamualaikum semua... Nape saya berminat nak jadi ahli rcc stevia sweetener ni? First perlu tahu ade 3 pakej dlm rcc stevia sweetener ni.. First silver, then gold n platinum.. Bg yg berminat utk menjadi ahli tuk tujuan business boleh amik pakej gold dan platinum.. Sebab 1 mykad hny boleh ada 1 akaun je dgn stevia.. Once dh pilih pakej silver xboleh upgrade dah.. So pikir pjg dlu sblm pilih.. Banyak manfaat nye selain dapat beli dgn hrg ahli, dpt jana pendapatan, ada khairat kematian, perniagaan boleh diwarisi,modal yg kecil, dan mcm2 lg la.. Boleh tgk dkt gmbr2 yg akan sy mskkn ni.. 

If nk tau lebih lanjut meh wassap sy di 0124390851
.. Saya akn citer lebih detail




Saturday 14 February 2015

Testimoni pengguna stevia sweetener

Assalamualaikum... Saya harap semua pembaca sihat2 belaka.. Kita ni dh lama membesar dgn mkn gula pasir.. Rupanye banyak buruknye gula pasir ni.. Manis tp bg kesan yg tak bagus.. Stevia ni ape? Pemanis jugak.. Tp kesannye alhamdulillah bgs.. Bg rs manis tp dlm masa yg sama bg manfaat perubatan.. Jgn ckp alah saya ni takde kencing manis pn buat pe control2 gula.. Tp gulala yg bg punca kebanyakan penyakit.. Ni antara testimoni pengguna stevia.. Bukan hanya untuk pesakit kencing manis tp boleh digunakan oleh semua lapisan masyarakat.. Utk eczema, utk drh tggi, tekanan drh rendah, yg ada masalah senggugut, bayi demam kuning, macam2 lagi la.. Seribu satu khasiat..

Jom kita tgk testimoni-testimoni ni..






Apa yg kita perlu tahu tentang stevia

Beberapa perkara yg perlu diketahui oleh semua:
1. Stevia bukan ubat
2. Stevia bukan supplement atau pemakanan tambahan
3. Stevia bukan ubat yg sembuhkan semua jenis penyakit
4. Stevia adalah pemanis semulajadi pengganti gula
5. Stevia adalah karbohidrat dgn nilai kalori sgt rendah hingga boleh dikatakan 0 kalori
6. Dengan menukar corak pengambilan gula kpd stevia, risiko penyakit dan komplikasi penyakit berkaitan pemakanan dapat dielak/dikurangkan
7. Kajian perubatan dan saintifik membuktikan potensi stevia utk kesihatan
8. Yang memberi rasa manis pada stevia adalah glycoside, bukan sukrosa atau fruktosa
9. Stevia adalah 150-450x lebih manis dari gula
10. Stevia dimetabolismakan di usus dan disingkirkan dari badan melalui najis dan air kencing
Dgn hny tukar corak pengambilan gula daripada gula berkalori kpd pemanis stevia tnpa kalori, risiko majoriti penyakit dan komplikasi penyakit berkaitan pemakanan tlh dielak/dikurangkan...
Pengambilan stevia dgn air kosong secara x lngsng menggalakkan masyrkt n kanak2 lebih tertarik utk mengambil air kosong

Detik perkenalan dengan Rcc stevia sweetener

Al kisah mcm mana saya boleh kenal dgn stevia sweetener ni.. Abah saya lebih kurang dlm sebln dh amalkn setiap hari minum air campur setitik stevia ni.. Dan dia rs bdn makin sedap.. Check up doc di hospital kerajaan mmg setiap bulan wajib buat.. So bila smpai hari check up doc cek bacaan kencing manis turun ke 7.. Slalo kencing manis dia 15 cmtu.. Alhamdulillah makin stabil.. Then bacaan tekanan darah tinggi abah pn makin stabil.. Kalo dlu 160/50.. Tp skng 130/80.. Alhamdulillah n yg lg bestnye ubt drh tggi pn doc kurangkan dos nye.. 

So bile stevia yg dia dok guna ari2 tu dh tinggal makin skit dia sruh la sy tlg crkn nk beli dkt mn.. Saya search dkt fb jmpla k.ruby pny num hp.. Contact2 then sy jadila ahli sekali utk dpt manfaat yg lebih baik lg.. Sambil2 tu saya nak share kebaikan yg sy dh dpt dengan stevia ni.. Stevia ni bkn ubt atau supplemen tp dgn kite tukarkn gula putih kpd pemanis stevia ni insyaAllah kita akn mendapat manfaat kesihatan..

Bg kwn2 yg berminat nk tau dgn lebih lanjut lg blhla contact sy akma di 0124390851
..

Wednesday 11 February 2015

Apa itu stevia

Pokok stevia atau "sweet honey leaf" masih belum disyorkan untuk penanaman secara komersial di negara ini meskipun ia menghasilkan bahan yang lebih sihat berbanding gula. Tumbuhan itu juga dikenal pasti tidak mengandungi kalori, lemak, karbohidrat serta toksid menjadikan ia paling sesuai sebagai pemanis semula jadi menggantikan gula dan pemanis tiruan lain seperti aspartame dan sukrosa. 

Stevia Rebaudiana adalah herba renek yang berasal dari Paraguay. Rasa manis yang terhasil daripada daun tumbuhan dikatakan diguna oleh masyarakat peribumi Paraguay dan Brazil sebagai pemanis minuman, makanan dan ubat-ubatan sejak ratusan tahun lalu walaupun penggunaan pertamanya direkodkan saintis, Antonio Bertoni, di Paraguay pada 1887. Stevia tidak mengandungi kalori sungguhpun 300 kali lebih manis berbanding gula.

Stevia merupakan sejenis tumbuhan herba berbatang lembut. Untuk menanamnya, medium yang digunakan ialah dari jenis poros supaya tiada air yang akan bertakung selepas ia disiram. Tumbuhan ini memerlukan air yang mencukupi dan perlu disiram 2 kali sehari dalam cuaca panas. Ia akan cepat kering dan mati jika kekurangan air. Daunnya berbentuk bujur. Batangnya halus dan bergerutu. Dalam keadaan optimun, stevia boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter atau lebih. Ia mengeluarkan bunga kecil berwarna putih. Bentuk bunganya menyerupai bunga-bunga aster yang lain, cuma saiznya kecil. Bunga ini akan menghasilkan biji benih apabila matang. Pembiakan selalunya menggunakan keratan batang. Keratan batangnya mudah mengeluarkan akar. Walaupun ia boleh juga membiak menggunakan biji benih, namun kadar percambahan biji benihnya amat rendah sehingga ia jarang dibiakkan dengan menggunakan biji benih.

Bahan aktif yang bertanggungjawab ke atas rasa manis pada daun stevia dikenali sebagai steviol glycosides yang mengandungi stevioside dan rebaudioside. Bahan aktif ini stabil pada suhu tinggi, nilai pH yang stabil dan tidak merangsang tindak balas glycemic, menjadikan ia semakin digemari orang ramai terutamanya untuk yang ingin menghadkan pengambilan karbohidrat dan mengelakkan diabetes. Selain itu, stevia juga didapati boleh merawat tekanan darah tinggi, mengurangkan tahap asid urik dan obesiti.

Stevia telah digunakan sebagai pemanis semulajadi oleh masyarakat di Brazil dan Paraguay sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Ia mula digunakan oleh kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun yang silam. Ia digunakan terutamanya untuk memaniskan teh herba mereka. Selain daripada itu ia juga digunakan untuk memaniskan makanan mereka. Mereka juga menggunakan Stevia sebagai penawar terutamanya untuk menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar.

Kegunaan stevia sebagai pemanis mula disedari oleh orang Eropah pada kurun ke-16. Sejak itu, ia mula digunakan dengan meluas di Eropah sehinggalah di bawa ke Asia. Walaubagaimanapun kajian terhadap Stevia hanya mula dilakukan pada awal kurun ke 19 apabila para pengkaji di Brazil mendengar cerita yang sehelai daun stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan juga secawan teh herba yang kelat.

Ciri paling unik mengenai Stevia ialah ia merupakan pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori. Di percayai secara tradisional, stevia mengandungi sifar kalori, lemak, kolestrol, gula dan karbohidrat. Ekstrak stevia dikatakan 300 kali lebih manis dari gula biasa. Ciri ini telah menarik minat para pengkaji untuk menjalankan kajian terhadap Stevia.

Antara ciri-ciri stevia ialah:

-menurunkan kadar gula dalam darah
-melawaskan kencing
-menurunkan tekanan darah
-membunuh bakteria
-membunuh kulat
-membunuh virus
-mengurangkan keradangan
-membantu menurunkan berat badan